Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ ما بَيْنَ لَذَّةِ المرأةِ ولَذَّةِ الرجلِ كأَثَرِ المَخِيطِ في الطِّينِ، إلا أنَّ اللهَ يَسْتُرُهُنَّ بالحَياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan di antara kelazatan seorang perempuan dengan kelazatan seorang lelaki adalah seperti kesan jarum di tanah. Ketahuilah bahawa Allah telah melindungi orang perempuan dengan perasaan malu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis no. 1084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((فضل ما بين لذة المرأة ولذة الرجل؛ كأثر المخيط في الطين، إلا أن الله يسترهن بالحياء)). [طس، ((الضعيفة)) (4004)]
(Terlalu Daif) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan di antara kelazatan seorang perempuan dengan kelazatan seorang lelaki adalah seperti kesan jarum di tanah. Ketahuilah bahawa Allah telah melindungi orang perempuan dengan perasaan malu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4004]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman