Allah SWT suka seorang hamba yang bertolak ansur apabila dia menjual

TEKS BAHASA ARAB

أحب الله عبداً سمحاً إذا باع وسمحاً إذا اشترى وسمحاً إذا قضى وسمحاً إذا اقتضى

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT suka seorang hamba yang bertolak ansur apabila dia menjual, bertolak ansur apabila dia membeli, bertolak ansur apabila dia membayar (hutang), serta bertolak ansur apabila dia menuntut sesuatu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis nombor 694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا اللفظ) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ﷺ: أحب الله عبداً سمحاً إذا باع وسمحاً إذا اشترى وسمحاً إذا قضى وسمحاً إذا اقتضى. [هب، الضعيفة، (6966)].

(Sangat Lemah dengan lafaz Ini) Daripada Abū Hurairah RA, beliau telah memarfū‘kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT suka seorang hamba yang bertolak ansur apabila dia membayar (hutang), serta bertolak ansur apabila dia menuntut sesuatu. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6966)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.