Terlalu Daif Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحبَ اللَّهُ عَبْدًا سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وسَمْحًا إِذَا اشْتَرَى، وسَمْحًا إِذَا قضَى، وسَمْحًا إِذَا اقْتَضَى.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT suka seorang hamba yang bertolak ansur apabila dia menjual, bertolak ansur apabila dia membeli, bertolak ansur apabila dia membayar (hutang), serta bertolak ansur apabila dia menuntut sesuatu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis no. 694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا اللفظ) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ﷺ: أحب الله عبداً سمحاً إذا باع وسمحاً إذا اشترى وسمحاً إذا قضى وسمحاً إذا اقتضى. [هب، الضعيفة، (6966)].
(Terlalu Daif Dengan Lafaz Ini) Daripada Abū Hurairah RA, beliau telah memarfū‘kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT suka seorang hamba yang bertolak ansur apabila dia menjual, bertolak ansur apabila dia membeli, bertolak ansur apabila dia membayar (hutang), serta bertolak ansur apabila dia menuntut sesuatu. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6966)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman