Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT murka jika pendapat Abu Bakar RA dinilai sebagai satu kesalahan

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ يكره فوقَ سمائِه أن يُخطَّأَ أبو بكرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT sedang murka di atas langit-Nya jika dinilai pendapat Abu Bakar sebagai kesalahan.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis no. 9201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - لما أراد أن يُسرح معاذاً إلى اليمن استشار ما شاء من أصحابه فيهم أبو بكر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وأسيد بن حضير، فتكلم كل إنسان برأيه، فقال: ((ما ترى يا معاذ؟)) قلت: أرى ما قال أبو بكر، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله يكره فوق سمائه أن يُخَطَّأ أبو بكر)). [ابن عساكر، طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (3136)]

(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika mana ingin menghantar Muaz ke Yaman, Baginda bertanya pendapat daripada para sahabat, antaranya Abu Bakar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair, dan Usaid bin Hudhair. Semuanya memberikan pendapat masing-masing. Baginda bertanya kepadaku: “Apa pendapatmu wahai Muaz?” Aku menjawab: “Aku berpendapat sama seperti yang diperkatakan oleh Abu Bakar.” Lalu Baginda SAW bersabda: “Allah SWT sedang murka di atas langit-Nya jika dinilai pendapat Abu Bakar sebagai kesalahan.” [Riwayat Ibnu ‘Asākir, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3136]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.