Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أرْبَعٌ فَرَضَهُنَّ اللَّهُ فِي الْإِسْلَامِ فَمَنْ جَاءَ بِثَلَاثٍ لَمْ يُغْنِينَ عَنْهُ شَيْئًا حَتَّى يَأْتِيَ بِهِنَّ جَمِيعًا الصَّلَاةُ وَالزَّكَاةُ وَصِيَامُ رَمَضَانَ وَحَجُّ الْبَيْتِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT mewajibkan empat perkara fardu di dalam Islam, dan sesiapa yang hanya melaksanakan tiga sahaja daripadanya, belum dianggap sempurna lagi sehingga dia melakukan keempat-empat perkara tersebut; iaitu: Solat, zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan dan menunaikan haji di Baitullah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis no. 5875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زياد بن نعيم قال: قال صلى الله عليه وسلم : أربع فرضهن الله في الإسلام فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت. [حم، الضعيفة (6735)]
(Lemah) Daripada Ziyad bin Nu’aim, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT mewajibkan empat perkara fardu di dalam Islam, dan sesiapa yang hanya melaksanakan tiga sahaja daripadanya, belum dianggap sempurna lagi sehingga dia melakukan keempat-empat perkara tersebut; iaitu: Solat, zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan dan menunaikan haji di Baitullah. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6735]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman