Allah SWT meringankan ke atas mana-mana hamba yang dikehendakiNya sepanjang hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يخفف على من يشاء من عباده طول يوم القيامة، كوقت صلاة مكتوبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah meringankan ke atas mana-mana hamba yang dikehendakiNya sepanjang hari kiamat seperti jangka waktu solat fardu sahaja.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis nombor 3657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه-، قال: قال النبي ﷺ: إن الله يخفف على من يشاء من عباده طول يوم القيامة، كوقت صلاة مكتوبة.
[هب، ((الضعيفة)) (7097)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah meringankan ke atas mana-mana hamba yang dikehendakiNya sepanjang hari kiamat seperti jangka waktu solat fardu sahaja.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.