Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللَّهَ يُخَفِّفُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ طُولَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ؛ كَوَقْتِ صلاةٍ مكتوبةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah meringankan ke atas mana-mana hamba yang dikehendakiNya sepanjang hari kiamat seperti jangka waktu solat fardu sahaja.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis no. 3657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah meringankan ke atas mana-mana hamba yang dikehendakiNya sepanjang hari kiamat seperti jangka waktu solat fardu sahaja. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7097]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman