Aku menyeru dengan nama Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

أنشد الله رجال أمتي لا يدخلوا الحمام إلا بمئزر، وأنشد الله نساء أمتي أن لا يدخلن الحمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan lelaki daripada umatku tidak memasuki tandas melainkan dengan memakai kain. Dan aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan perempuan daripada umatku tidak memasuki hammam (tandas terbuka).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis nombor 558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أنشد الله رجال أمتي لا يدخلوا الحمام إلا بمئزر، وأنشد الله نساء أمتي أن لا يدخلن الحمام.
[ابن جميع في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (5696)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan lelaki daripada umatku tidak memasuki tandas melainkan dengan memakai kain. Dan aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan perempuan daripada umatku tidak memasuki hammam (tandas terbuka).
[Riwayat Ibn Jami‘ dalam Mu‘jamnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah 5696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs