Allah SWT menyayangi sesuatu kaum yang manusia sangka mereka sakit

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله قوماً يحسبهم النّاس مرضى وما هم بمرضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT menyayangi sesuatu kaum yang manusia sangka mereka sakit sedangkan mereka tidak sakit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1999, hadis nombor 10021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن مرفوعاً: رحم الله قوماً يحسبهم النّاس مرضى وما هم بمرضى.
[ابن عمران في ((الزهده))، ((الضعيفة)) (2496)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan diriwayat secara marfu’: Allah SWT menyayangi sesuatu kaum yang manusia sangka mereka sakit sedangkan mereka tidak sakit.
[Riwayat Ibn Imran dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2496]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs