Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى يُسَعِّرُ جهنمَ كلَّ يومٍ في نصفِ النهارِ، ويُخْبِتُهَا في يومِ الجمعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menyalakan api neraka jahanam setiap hari pada waktu tengahari dan memadamkannya pada hari Jumaat.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis no. 3658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Wathilah RA berkata: Seseorang telah bertanya kepada Nabi SAW mengapa pada hari Jumaat diseru azan untuk solat pada waktu tengahari sedangkan dilarang pada hari-hari yang lain? Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyalakan api neraka jahanam setiap hari pada waktu tengahari dan memadamkannya pada hari Jumaat. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7100]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman