Allah SWT menutup rahsia hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ما أسر عبد سريرة إلا ألبسه الله رداءها إن خيرا فخير، وإن شرا فشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang hamba itu menyembunyikan suatu rahsia melainkan Allah akan memakaikannya dengan penutupnya (menyembunyikan daripada pengetahuan umum). Sekiranya ia baik, maka baiklah dan sekiranya ia buruk, maka buruklah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis nombor 22. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جندب بن سفيان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما أسر عبد سريرة، إلا ألبسه الله رداءها، إن خيرا فخير، وإن شرا فشر)).
[طب، طس، ((الضعيفة)) (237)]

(Sangat Lemah) Daripada Jundub bin Sufian RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seorang hamba itu menyembunyikan suatu rahsia melainkan Allah akan memakaikannya dengan penutupnya (menyembunyikan daripada pengetahuan umum). Sekiranya ia baik, maka baiklah dan sekiranya ia buruk, maka buruklah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.237]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs