Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَسَرَّ عبدٌ سريرةً إلا ألبسَهُ اللهُ رداءَهَا إن خيرًا فخيرٌ وإن شرًّا فشرٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seorang hamba itu menyembunyikan suatu rahsia melainkan Allah akan memakaikannya dengan penutupnya (menyembunyikan daripada pengetahuan umum). Sekiranya ia baik, maka baiklah dan sekiranya ia buruk, maka buruklah.
Sahabat Perawi
- Jundub bin Sufian RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis no. 22. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جندب بن سفيان - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما أسر عبد سريرة، إلا ألبسه الله رداءها، إن خيرا فخير، وإن شرا فشر)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (237)]
(Terlalu Daif) Daripada Jundub bin Sufian RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seorang hamba itu menyembunyikan suatu rahsia melainkan Allah akan memakaikannya dengan penutupnya (menyembunyikan daripada pengetahuan umum). Sekiranya ia baik, maka baiklah dan sekiranya ia buruk, maka buruklah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.237]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman