Allah SWT menurunkan sebanyak 120 rahmat setiap hari

TEKS BAHASA ARAB

ينزل الله كل يوم عشرين ومئة رحمة، ‌ستون ‌منها للطائفين وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT menurunkan sebanyak 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah untuk orang yang bertawaf, 40 untuk orang yang beriktikaf di sekitar Baitullah dan 20 daripadanya adalah untuk orang yang memandang Baitullah (Kaabah).

STATUS

Palsu dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis nombor 3887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ينزل الله كل يوم عشرين ومئة رحمة، ‌ستون ‌منها للطائفين وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت)).
[طب، ((الضعيفة)) (6245)]

(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT menurunkan sebanyak 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah untuk orang yang bertawaf, 40 untuk orang yang beriktikaf di sekitar Baitullah dan 20 daripadanya adalah untuk orang yang memandang Baitullah (Kaabah).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6245]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs