Palsu Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُنزِلُ اللهُ كلَّ يومٍ عشرينَ ومائةَ رحمةٍ ستُّونَ منْها للطَّائفينَ، وأربعونَ للعاكفينَ حولَ البيتِ، وعشرونَ منْها للنَّاظرينَ إلى البيتِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT menurunkan sebanyak 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah untuk orang yang bertawaf, 40 untuk orang yang beriktikaf di sekitar Baitullah dan 20 daripadanya adalah untuk orang yang memandang Baitullah (Kaabah).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis no. 3887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ينزل الله كل يوم عشرين ومئة رحمة، ستون منها للطائفين وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت)). [طب، ((الضعيفة)) (6245)]
(Palsu Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT menurunkan sebanyak 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah untuk orang yang bertawaf, 40 untuk orang yang beriktikaf di sekitar Baitullah dan 20 daripadanya adalah untuk orang yang memandang Baitullah (Kaabah). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6245]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman