Allah SWT menurunkan sebanyak 100 rahmat pada setiap hari

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى ينزل في كل يوم مائة رحمة: ستين منها على الطائفين بالبيت، وعشرين ‌على ‌أهل ‌مكة، وعشرين على سائر الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan sebanyak 100 rahmat pada setiap hari: 60 daripadanya kepada orang yang bertawaf di Ka’abah, 20 daripadanya untuk penduduk Mekah, dan 20 lagi untuk seluruh umat manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis nombor 3694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن الله تعالى ينزل في كل يوم مائة رحمة: ستين منها على الطائفين بالبيت، وعشرين ‌على ‌أهل ‌مكة، وعشرين على سائر الناس.
[عد، خط، هق، ((الضعيفة)) (188)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT menurunkan sebanyak 100 rahmat pada setiap hari: 60 daripadanya kepada orang yang bertawaf di Ka’abah, 20 daripadanya untuk penduduk Mekah, dan 20 lagi untuk seluruh umat manusia.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 188].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs