Allah SWT menjanjikan pertambahan umat Islam yang masuk dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

وعدني ربي تعالى أن يدخل الجنة من أمتي سبعون ألفا، فاستزدته، فزادني مع كل ألف سبعين ألفا، وما أرى بقي من أمتي شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa seramai 70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga, lalu aku meminta supaya ditambahkan bilangan, lalu Allah pun menambah bilangan bagi setiap 1000 orang seramai 70 ribu orang, aku tidak melihat baki sedikit pun dalam kalangan umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1317, hadis nombor 6724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أسلم رضي الله عنه مرفوعا: وعدني ربي تعالى أن يدخل الجنة من أمتي سبعون ألفا، فاستزدته، فزادني مع كل ألف سبعين ألفا، وما أرى بقي من أمتي شيء.
[أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (١٩٧٦)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa seramai 70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga, lalu aku meminta supaya ditambahkan bilangan, lalu Allah pun menambah bilangan bagi setiap 1000 orang seramai 70 ribu orang, aku tidak melihat baki sedikit pun dalam kalangan umatku.
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi'ei dalam al-Fawa'id. Lihat al-Da'ifah, no. 1976].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs