TEKS BAHASA ARAB
أما إن الله ورسوله غنيان عنها (يعني: المشاورة) ؛ ولكن جعلها الله رحمة لأمتي، فمن شاور منهم؛ لم يعدم رشدا، ومن ترك المشورة منهم؛ لم يعدم غيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adapun sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mencukupi daripadanya (iaitu musyawarah). Akan tetapi Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat untuk umatku. Sesiapa yang melakukan perbincangan dalam kalangan mereka, tidak akan hilang daripada mereka petunjuk. Manakala sesiapa yang meninggalkan perbincangan, tidak akan terlepas daripadanya kesesatan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 108, hadis nombor 554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: لما نزلت هذه الآية: {وشاورهم في الأ مر. . .} الآية؛ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: أما إن الله ورسوله غنيان عنها (يعني: المشاورة) ؛ ولكن جعلها الله رحمة لأمتي، فمن شاور منهم؛ لم يعدم رشدا، ومن ترك المشورة منهم؛ لم يعدم غيا.
[عد، ((الضعيفة)) (5868)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Ketika turunnya ayat ini: ‘Dan beribncanglah bersama mereka pada sesuatu urusan’. [Āli ‘Imrān: Ayat 159]. Rasulullah SAW bersabda: Adapun sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mencukupi daripadanya (iaitu musyawarah). Akan tetapi Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat untuk umatku. Sesiapa yang melakukan perbincangan dalam kalangan mereka, tidak akan hilang daripada mereka petunjuk. Manakala sesiapa yang meninggalkan perbincangan, tidak akan terlepas daripadanya kesesatan.
[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5868]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.