Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أمَّا إن الله ورسولَه غَنيَّانِ عنها (يعني: المشاورة) ؛ ولَكِنْ جَعَلَهَا الله رَحْمَةً لأُمَّتِي، فَمَنْ شَاوَرَ مِنْهُمْ؛ لَمْ يعدمْ رُشْدًا، ومَنْ تَرَكَ المشًوَرَةَ منهم؛ لم يعدم غَيًا.
Teks Bahasa Melayu
Adapun sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mencukupi daripadanya (iaitu musyawarah). Akan tetapi Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat untuk umatku. Sesiapa yang melakukan perbincangan dalam kalangan mereka, tidak akan hilang daripada mereka petunjuk. Manakala sesiapa yang meninggalkan perbincangan, tidak akan terlepas daripadanya kesesatan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 108, hadis no. 554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: لما نزلت هذه الآية: {وشاورهم في الأ مر. . .} الآية؛ قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: أما إن الله ورسوله غنيان عنها (يعني: المشاورة) ؛ ولكن جعلها الله رحمة لأمتي، فمن شاور منهم؛ لم يعدم رشدا، ومن ترك المشورة منهم؛ لم يعدم غيا. [عد، ((الضعيفة)) (5868)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Ketika turunnya ayat ini: 'Dan beribncanglah bersama mereka pada sesuatu urusan'. [Āli ‘Imrān: Ayat 159]. Rasulullah SAW bersabda: Adapun sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mencukupi daripadanya (iaitu musyawarah). Akan tetapi Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat untuk umatku. Sesiapa yang melakukan perbincangan dalam kalangan mereka, tidak akan hilang daripada mereka petunjuk. Manakala sesiapa yang meninggalkan perbincangan, tidak akan terlepas daripadanya kesesatan. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5868]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman