Allah SWT menjadikan ajal Nabi Adam AS terletak di antara dua matanya

TEKS BAHASA ARAB

إن آدم قبل أن يصيب الذنب كان أجله بين عينيه، وأمله خلفه، فلما أصاب الذنب، جعل الله أمله بين عينيه، وأجله خلفه، فلا يزال يأمل حتى يموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Adam, sebelum Baginda tertimpa dosa, ajalnya adalah di antara dua matanya dan cita-citanya adalah di belakangnya. Apabila Baginda tertimpa dosa, Allah jadikan cita-citanya di antara dua matanya, dan ajalnya di belakangnya, maka Baginda berterusan bercita-cita sehingga Baginda wafat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis nombor 9991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(منكر) عن الحسن، قال: بلغني أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن آدم قبل أن يصيب الذنب كان أجله بين عينيه، وأمله خلفه، فلما أصاب الذنب، جعل الله أمله بين عينيه، وأجله خلفه، فلا يزال يأمل حتى يموت)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2008)]

(Munkar) Daripada al-Hasan, beliau berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Adam, sebelum Baginda tertimpa dosa, ajalnya adalah di antara dua matanya dan cita-citanya adalah di belakangnya. Apabila Baginda tertimpa dosa, Allah jadikan cita-citanya di antara dua matanya, dan ajalnya di belakangnya, maka Baginda berterusan bercita-cita sehingga Baginda wafat.”
[Riwayat Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no.2008]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs