Allah SWT mengutuskan para Nabi-Nya dengan (menunggang) haiwan-haiwan tunggangan.

TEKS BAHASA ARAB

يبعث الله الأنبياء على الدواب، ويبعث صالحا على ناقته، كما يوافي بالمؤمنين من أصحابه المحشر، ويبعث بابني فاطمة: الحسن والحسين على ناقتين، وعلي بن أبي طالب على ناقتي، وأنا على البراق، ويبعث بلالا على ناقة ينادي بالأذان وشاهده، حقا حقا، حتى إذا بلغ (أشهد أن محمدا رسول الله) شهدتها جميع الخلائق من المؤمنين الأولين والآخرين، فقبلت ممن قبلت منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT mengutuskan para Nabi-Nya dengan (menunggang) haiwan-haiwan tunggangan. Dia mengutuskan Soleh dengan untanya dan akan bertemu dengan setiap sahabatnya daripada kalangan orang mukmin di padang mahsyar kelak. Kedua anak Fatimah diutuskan: al-Hasan dan al-Husayn dengan dua ekor unta, ‘Ali bin Abi Talib dengan untaku, aku dengan Buraq dan Bilal pula akan menunggang seekor unta sambil melaungkan azan dan bersyahadah, benarlah, benarlah. Sehinggalah apabila sampai kepada "Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah", kesemua makhluk yang beriman sama ada yang terdahulu mahupun terkemudian akan turut bersyahadah. Maka diterima dari semua yang membenarkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis nombor 8983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا: يبعث الله الأنبياء على الدواب، ويبعث صالحا على ناقته، كما يوافي بالمؤمنين من أصحابه المحشر، ويبعث بابني فاطمة: الحسن والحسين على ناقتين، وعلي بن أبي طالب على ناقتي، وأنا على البراق، ويبعث بلالا على ناقة ينادي بالأذان وشاهده، حقا حقا، حتى إذا بلغ (أشهد أن محمدا رسول الله) شهدتها جميع الخلائق من المؤمنين الأولين والآخرين، فقبلت ممن قبلت منه. [خط، ابن عساكر، (الضعيفة) (771)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Allah SWT mengutuskan para Nabi-Nya dengan (menunggang) haiwan-haiwan tunggangan. Dia mengutuskan Soleh dengan untanya dan akan bertemu dengan setiap sahabatnya daripada kalangan orang mukmin di padang mahsyar kelak. Kedua anak Fatimah diutuskan: al-Hasan dan al-Husayn dengan dua ekor unta, ‘Ali bin Abi Talib dengan untaku, aku dengan Buraq dan Bilal pula akan menunggang seekor unta sambil melaungkan azan dan bersyahadah, benarlah, benarlah. Sehinggalah apabila sampai kepada "Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah", kesemua makhluk yang beriman sama ada yang terdahulu mahupun terkemudian akan turut bersyahadah. Maka diterima dari semua yang membenarkannya." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 771]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs