Allah SWT menghiasi hamba-Nya dengan perhiasan yang terbaik iaitu sikap zuhud

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما زان الله العباد بزينة أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak menghiasi hamba-Nya dengan perhiasan yang lebih baik daripada sikap zuhud daripada kenikmatan dunia dan sifat sentiasa menjaga perut dan kemaluannya (dari memenuhi keinginan hawa nafsu

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis nombor 3216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ما زان الله العباد بزينة أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (4444)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Allah tidak menghiasi hamba-Nya dengan perhiasan yang lebih baik daripada sikap zuhud daripada kenikmatan dunia dan sifat sentiasa menjaga perut dan kemaluannya (dari memenuhi keinginan hawa nafsu).))
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4444].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.