Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما زانَ اللهُ العِبادَ بزينةٍ أفضلَ من زَهادةِ الدُّنيا وعَفافٍ في بطنِه وفرجِه.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak menghiasi hamba-Nya dengan perhiasan yang lebih baik daripada sikap zuhud daripada kenikmatan dunia dan sifat sentiasa menjaga perut dan kemaluannya (dari memenuhi keinginan hawa nafsu
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis no. 3216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ما زان الله العباد بزينة أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (4444)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Allah tidak menghiasi hamba-Nya dengan perhiasan yang lebih baik daripada sikap zuhud daripada kenikmatan dunia dan sifat sentiasa menjaga perut dan kemaluannya (dari memenuhi keinginan hawa nafsu).)) [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4444].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman