TEKS BAHASA ARAB
إن لله ريحا باردة يبعثها على رأس مئة سنة تقبض روح كل مؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT menghantar angin sejuk pada setiap permulaan 100 tahun yang mengambil roh setiap orang beriman.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1324 – 1325, hadis nombor 6761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن بريدة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله ريحا باردة يبعثها على رأس مئة سنة تقبض روح كل مؤمن.
[تخ، البزار، ك، ((الضعيفة)) (2576)]
(Munkar)
Daripada Buraidah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menghantar angin sejuk pada setiap permulaan 100 tahun yang mengambil roh setiap orang beriman.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Bazzar, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2576]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.