Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ رِيحًا باردةً يَبْعَثُها على رأسِ مِئَةِ سنةٍ تَقْبِضُ رُوحَ كلِّ مؤمنٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menghantar angin sejuk pada setiap permulaan 100 tahun yang mengambil roh setiap orang beriman.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1324 - 1325, hadis no. 6761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بريدة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله ريحا باردة يبعثها على رأس مئة سنة تقبض روح كل مؤمن. [تخ، البزار، ك، ((الضعيفة)) (2576)]
(Munkar) Daripada Buraidah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menghantar angin sejuk pada setiap permulaan 100 tahun yang mengambil roh setiap orang beriman. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Bazzar, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2576]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman