Allah SWT mengarahkan dua orang hamba ke neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمر الله عز وجل بعبدين إلى النار، فلما وقف أحدهما على ‌شفتها؛ التفت فقال: أما والله! إن كان ظني بك لحسن؟ فقال الله عز وجل: ردوه فأنا عند ظنك بي، فغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT mengarahkan dua orang hamba ke neraka. Ketika mana salah seorang dari mereka berdiri di pintunya, dia berpaling dan berkata: Demi Allah! Aku bersangka baik kepadamu. Lalu Allah berfirman: “Kembalikan dia kerana aku adalah menurut sangkaan hambaku terhadapku, lalu Allah mengampunkannya."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 686, hadis nombor 3528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أمر الله عز وجل بعبدين إلى النار، فلما وقف أحدهما على ‌شفتها؛ التفت فقال: أما والله! إن كان ظني بك لحسن؟ فقال الله عز وجل: ردوه فأنا عند ظنك بي، فغفر له)). [هب، ((الضعيفة)) (6150)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT mengarahkan dua orang hamba ke neraka. Ketika mana salah seorang dari mereka berdiri di pintunya, dia berpaling dan berkata: Demi Allah! Aku bersangka baik kepadamu. Lalu Allah berfirman: “Kembalikan dia kerana aku adalah menurut sangkaan hambaku terhadapku, lalu Allah mengampunkannya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6150]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.