Allah SWT mengangkat darjat hamba-Nya yang tawaduk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تواضع لله رفعه الله، وقال: انتعش رفعك الله، فهو في نفسه صغير، وفي أعين الناس عظيم، ومن تكبر خفضه الله، وقال: اخسأ خفضك الله، فهو في نفسه كبير، وفي أعين الناس صغير، حتى يكون أهو ن عليهم من كلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersikap tawaduk kerana Allah nescaya Allah akan mengangkat kedudukannya. Baginda SAW bersabda: Perbaikilah hidupmu, nescaya Allah akan mengangkat darjatmu. Dia merasa dirinya kecil namun di mata manusia dia agung (dihormati). Sesiapa yang bersikap takabur, Allah akan merendahkan (darjat) dirinya. Baginda SAW bersabda: Hinalah kamu, nescaya Allah akan merendahkan darjatmu. Jiwanya berasa besar namun di mata manusia dirinya kecil, sehinggalah dia menjadi lebih hina daripada anjing di mata mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 23, hadis nombor 63. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: يا أيها الناس تواضعوا فإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم- يقول:((من تواضع لله رفعه الله، وقال: انتعش رفعك الله، فهو في نفسه صغير، وفي أعين الناس عظيم، ومن تكبر خفضه الله، وقال: اخسأ خفضك الله، فهو في نفسه كبير، وفي أعين الناس صغير، حتى يكون أهو ن عليهم من كلب)).
[طس، حل، خط، الحسن بن علي الجوهري في ((مجلس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (1295)]

(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA beliau berkata: Wahai orang ramai, bersikap tawaduklah kamu. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersikap tawaduk kerana Allah nescaya Allah akan mengangkat kedudukannya. Baginda SAW bersabda: Perbaikilah hidupmu, nescaya Allah akan mengangkat darjatmu. Dia merasa dirinya kecil namun di mata manusia dia agung (dihormati). Sesiapa yang bersikap takabur, Allah akan merendahkan (darjat) dirinya. Baginda SAW bersabda: Hinalah kamu, nescaya Allah akan merendahkan darjatmu. Jiwanya berasa besar namun di mata manusia dirinya kecil, sehinggalah dia menjadi lebih hina daripada anjing di mata mereka.
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Hasan bin ‘Ali al-Jauhari dalam Majlis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1295]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.