TEKS BAHASA ARAB
يا سلمان! ما من مسلم يدخل على أخيه المسلم، فيلقي له وسادة إكراما له؛ إلا غفر الله له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Salman, tidak ada seorang muslim yang memasuki rumah saudara se-Islamnya, lalu dia mencampakkan bantalnya kepada saudaranya (yang mengunjunginya itu) sebagai tanda memuliakannya, melainkan Allah akan mengampunkannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 222, hadis nombor 1176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك قال: دخل سلمان الفارسي على عمر بن الخطاب – رضي الله عنهما – وهو متكىء على وسادة، فألقاها له، فقال سلمان: صدق الله ورسوله! فقال عمر: حدثنا يا أبا عبد الله! قال: دخلت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو متكىء على وسادة؛ فألقاها إلي، ثم قال لي: ((يا سلمان! ما من مسلم يدخل على أخيه المسلم، فيلقي له وسادة إكراما له؛ إلا غفر الله له)). [ابن حبان في ((المجروحين))، أبو الشيخ في ((الأخلاق))، طب، ك، ((الضعيفة)) (5423)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Salman al-Farisi datang berjumpa ‘Umar al-Khattab RA dalam keadaan beliau sedang bersandar di atas bantal. Lalu beliau (Umar RA) mencampakkannya (bantal tersebut) kepadanya (Salman). Maka Salman berkata: "Benarlah Allah dan Rasul-Nya". Umar berkata: "Ceritalah kepada kami wahai Abu ‘Abdullah!". Beliau berkata: "Aku datang berjumpa Rasulullah SAW dalam keadaan Baginda sedang bersandar pada bantal. Lalu Baginda pun mencampakkan bantal itu ke arahku. Kemudian Baginda bersabda kepadaku: ‘Wahai Salman, tidak ada seorang muslim yang memasuki rumah saudara se-Islamnya, lalu dia mencampakkan bantalnya kepada saudaranya (yang mengunjunginya itu) sebagai tanda memuliakannya, melainkan Allah akan mengampunkannya’".
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Abu al-Syaikh dalam al-Akhlak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Hakim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5423]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.