Allah SWT mengabaikan wanita dan lelaki yang memakai sarung kaki berwarna-warni

TEKS BAHASA ARAB

إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila umatku menyarungkan sarung-sarung kaki yang berwarna-warni; baik orang lelaki mahupun wanita, dan mereka juga menghias kasut-kasut mereka; maka Allah akan mengabaikan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم)).
[طب، ((الضعيفة)) (2421)]

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila umatku menyarungkan sarung-sarung kaki yang berwarna-warni; baik orang lelaki mahupun wanita, dan mereka juga menghias kasut-kasut mereka; maka Allah akan mengabaikan mereka.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2421]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs