Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تَخَفَّفَتْ أمتي بالخِفافِ ذاتِ المَناقِبِ؛ الرجالُ والنساءُ، وخَصَفُوا نعالَهم؛ تخلى اللهُ عنهم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila umatku menyarungkan sarung-sarung kaki yang berwarna-warni; baik orang lelaki mahupun wanita, dan mereka juga menghias kasut-kasut mereka; maka Allah akan mengabaikan mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis no. 9982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم)). [طب، ((الضعيفة)) (2421)]
(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila umatku menyarungkan sarung-sarung kaki yang berwarna-warni; baik orang lelaki mahupun wanita, dan mereka juga menghias kasut-kasut mereka; maka Allah akan mengabaikan mereka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2421]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman