TEKS BAHASA ARAB
إذا أبغض المسلمون علماءهم، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة من العدو.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila orang-orang Islam membenci (atau marah) para ulama mereka, mereka menzahirkan kehebatan perniagaan (pasar-pasar) mereka, mereka saling berpakat (bergabung) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah ‘azza wa jalla mencampakkan kepada mereka 4 perkara: Kemarau untuk tempoh yang lama (pada zaman mereka), kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa kehakiman dan serangan daripada musuh.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1314, hadis nombor 6709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة من العدو.
[ك، ((الضعيفة)) (١٥٢٨)].
(Munkar)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila orang-orang Islam membenci (atau marah) para ulama mereka, mereka menzahirkan kehebatan perniagaan (pasar-pasar) mereka, mereka saling berpakat (bergabung) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah ‘azza wa jalla mencampakkan kepada mereka 4 perkara: Kemarau untuk tempoh yang lama (pada zaman mereka), kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa kehakiman dan serangan daripada musuh.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1528].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.