Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أبغضَ المسلِمونَ علماءَهُم، وأظهَروا عمارةَ أسواقِهِم، وتناكَحوا علَى جمعِ الدَّراهمِ، رماهمُ اللهُ عزَّ وجلَّ بأربعِ خصالٍ: بالقَحطِ منَ الزَّمانِ والجَورِ منَ السُّلطانِ والخيانَةِ مِن ولاةِ الأحكامِ، والصَّولةِ من العدوِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila orang-orang Islam membenci (atau marah) para ulama mereka, mereka menzahirkan kehebatan perniagaan (pasar-pasar) mereka, mereka saling berpakat (bergabung) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah 'azza wa jalla mencampakkan kepada mereka 4 perkara: Kemarau untuk tempoh yang lama (pada zaman mereka), kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa kehakiman dan serangan daripada musuh.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1314, hadis no. 6709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة من العدو. [ك، ((الضعيفة)) (١٥٢٨)].
(Munkar) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila orang-orang Islam membenci (atau marah) para ulama mereka, mereka menzahirkan kehebatan perniagaan (pasar-pasar) mereka, mereka saling berpakat (bergabung) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah 'azza wa jalla mencampakkan kepada mereka 4 perkara: Kemarau untuk tempoh yang lama (pada zaman mereka), kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa kehakiman dan serangan daripada musuh. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1528].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman