TEKS BAHASA ARAB
يعرفني الله نفسه يوم القيامة؛ فأسجد سجدة يرضى بها عني، ثم أمدحه بمدحة يرضى بها عني، ثم يؤذن لي في الكلام…، وفيه كلام طويل كثير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah SWT memperkenalkan zat-Nya kepadaku pada hari kiamat, lalu aku sujud dengan satu sujud yang dia reda terhadapku, kemudian aku memujiNya dengan satu pujian yang Dia reda terhadapku, kemudian aku dibenarkan (diizinkan) untuk bercakap…, Padanya terdapat sambungan dialog yang panjang dan banyak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706, hadis nombor 3611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي بن كعب رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يعرفني الله نفسه يوم القيامة؛ فأسجد سجدة يرضى بها عني، ثم أمدحه بمدحة يرضى بها عني، ثم يؤذن لي في الكلام…، وفيه كلام طويل كثير.
[ابن أبي عاصم في ((السنة))، ع في ((مسنده الكبير))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6602)].
(Palsu)
Daripada Ubai bin Ka’ab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT memperkenalkan zat-Nya kepadaku pada hari kiamat, lalu aku sujud dengan satu sujud yang dia reda terhadapku, kemudian aku memujiNya dengan satu pujian yang Dia reda terhadapku, kemudian aku dibenarkan (diizinkan) untuk bercakap…, Padanya terdapat sambungan dialog yang panjang dan banyak.
[Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah, Abi Ya’la dalam Musnad al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6602].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.