Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يُزِيغَ عَبْداً؛ أَعْمَى عَلَيْهِ الْحِيَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah mahu memesongkan seseorang hamba, Allah butakan dia terhadap tipu daya.
Sahabat Perawi
- Uthman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis no. 7070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عثمان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله أن يزيغ عبدا، أعمى عليه الحيل. [طس، ((الضعيفة)) (6974)]
(Munkar) Daripada 'Uthman RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Apabila Allah mahu memesongkan seseorang hamba, Allah butakan dia terhadap tipu daya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6974]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman