Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT membuka pintu hati hamba-Nya yang inginkan kebaikan

Teks Bahasa Arab

إِذا أَرادَ اللهُ بِعبدٍ خَيرًا، فتح له قُفْلَ قَلبِه، وجعل فيه اليقينَ، وجعل قَلبَه وِعاءً واعِيًا لما سَلَكَ فيه، وجعل قَلْبَه سلِيمًا، ولِسانَه صادِقًا، وخَليقَتَهُ مستقيمةً، وجعل أُذُنَهُ سَميعَةً، وعَيْنَه بَصِيَرةً.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia bukakan untuknya kunci hatinya. Dia (Allah) jadikan padanya keyakinan, dan Dia jadikan jiwanya satu bekas yang peka terhadap apa yang masuk ke dalamnya. Dia jadikan jiwanya sejahtera, lidahnya (hanya mengucapkan kata-kata yang) benar, dan peribadinya lurus, serta Dia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzar al-Ghifari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis no. 9976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر الغفاري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فتح له قفل قلبه، وجعل فيه اليقين، وجعل قلبه وعاء واعيا لما سلك فيه، وجعل قلبه سليما، ولسانه صادقا، وخليقته مستقيمة، وجعل أذنه سميعة، وعينه بصيرة)). [فر، ((الضعيفة)) (2227)]

(Lemah) Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia bukakan untuknya kunci hatinya. Dia (Allah) jadikan padanya keyakinan, dan Dia jadikan jiwanya satu bekas yang peka terhadap apa yang masuk ke dalamnya. Dia jadikan jiwanya sejahtera, lidahnya (hanya mengucapkan kata-kata yang) benar, dan peribadinya lurus, serta Dia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2227]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.