Allah SWT membersihkan bumi daripada orang-orang munafiq, para pembunuh dan anak-anak para pembunuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يميّز اللّه أولياءه وأصفياءه، حتى تطهر الأرض من المنافقين، والقتالين، وأبناء القتالين، ويتبع الرجل يومئذٍ خمسون امرأة، هذه تقول: يا عبد الله! استرنى، يا عبد الله! آوِني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah memilih para wali dan orang-orang terpilih-Nya hinggalah bumi bersih daripada orang-orang munafiq, para pembunuh dan anak-anak para pembunuh. Ketika itu, seorang lelaki akan diikuti oleh 50 wanita, wanita ini berkata: Wahai ‘Abdullah! Lindungilah aku! Wahai ‘Abdullah! Berilah perlindungan kepadaku!.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1383 – 1384, hadis nombor 7035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن حذيفة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يميّز اللّه أولياءه وأصفياءه، حتى تطهر الأرض من المنافقين، والقتالين، وأبناء القتالين، ويتبع الرجل يومئذٍ خمسون امرأة، هذه تقول: يا عبد الله! استرنى، يا عبد الله! آوِني.
[عد، ((الضعيفة)) (6177)].

(Palsu)
Daripada Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Allah memilih para wali dan orang-orang terpilih-Nya hinggalah bumi bersih daripada orang-orang munafiq, para pembunuh dan anak-anak para pembunuh. Ketika itu, seorang lelaki akan diikuti oleh 50 wanita, wanita ini berkata: Wahai ‘Abdullah! Lindungilah aku! Wahai ‘Abdullah! Berilah perlindungan kepadaku!.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6177]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.