Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيكونُ بعدي بعوثٌ كثيرةٌ، فكونوا في بَعْثِ خُراسانَ، ثم انزِلوا في مدينةِ مَرْوَ؛ فإنه بَناها ذو القرنَيْنِ ودعا لها بالبركةِ، ولا يصيبُ أهلَها سوءٌ أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Akan muncul selepas kewafatanku banyak delegasi (perutusan). Oleh itu, hendaklah kamu berada bersama delegasi ke Khurasan, kemudian singgahlah di bandar Marwa (Merv), kerana ia pernah dibina oleh Zu al-Qarnain dan beliau pernah mendoakan keberkatan untuk tempat tersebut, juga mendoakan penduduknya tidak akan terkena keburukan selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سهل بن عبدالله عن جده رضي الله عنه- مرفوعا: سيكون بعدي بعوث كثيرة، فكونوا في بعث خراسان، ثم انزلوا في مدينة مرو؛ فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة، ولا يصيب أهلها سوء أبداً. [حم، عد، ((الضعيفة)) (3719)]
(Sangat Lemah) Daripada Sahl bin 'Abdullah daripada datuknya RA (tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah) secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan muncul selepas kewafatanku banyak delegasi (perutusan). Oleh itu, hendaklah kamu berada bersama delegasi ke Khurasan, kemudian singgahlah di bandar Marwa (Merv), kerana ia pernah dibina oleh Zu al-Qarnain dan beliau pernah mendoakan keberkatan untuk tempat tersebut, juga mendoakan penduduknya tidak akan terkena keburukan selama-lamanya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3719]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman