Allah SWT memberikan pahala untuk hamba-Nya yang bersyukur sebelum dia sempat memuji-Nya di atas nikmat tersebut

TEKS BAHASA ARAB

‌ما أنعم الله على عبد نعمة، فعلم أنها من عند الله؛ إلا كتب الله له شكرها قبل أن يحمده عليها. وما أذنب عبد ذنبا، فندم عليه؛ إلا كتب الله له مغفرة قبل أن يستغفره. وما اشترى عبد ثوبا بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فحمد الله عليه؛ إلا لم يبلغ ركبتيه حتى يغفر الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba yang diberikan nikmat oleh Allah dan dia tahu bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menulis baginya (pahala) kesyukurannya sebelum dia memuji-Nya di atas nikmat tersebut. Tidak ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia menyesal dengan dosa tersebut melainkan Allah akan menulis baginya keampunan sebelum dia beristighfar kepada-Nya. Tidak ada hamba yang membeli pakaian baru dengan harga satu dinar atau separuh dinar, lalu dia memakainya. Kemudian dia memuji Allah disebabkan (nikmat memperolehi) pakaian itu melainkan belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, dia telah pun diampunkan dosanya oleh Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis nombor 8245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((ما أَنْعَمَ الله على عَبْدٍ نعمةً، فعَلِمَ أنها من عِنْدِ الله؛ إلا كَتَبَ الله له شُكْرَها قبل أن يَحْمَدَهُ عليها. وما أَذْنَبَ عبد ذنباً، فنَدِمَ عليه؛ إلا كَتَبَ الله له مغفرةً قبل أن يَسْتَغْفِرَهُ. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فَحَمِدَ الله عليه؛ إلا لَمْ يَبْلُغْ رَكْبَتَيْهِ حتى يغفرَ الله لهُ)). [ك، ((الضعيفة)) (5347)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada seorang hamba yang diberikan nikmat oleh Allah dan dia tahu bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menulis baginya (pahala) kesyukurannya sebelum dia memuji-Nya di atas nikmat tersebut. Tidak ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia menyesal dengan dosa tersebut melainkan Allah akan menulis baginya keampunan sebelum dia beristighfar kepada-Nya. Tidak ada hamba yang membeli pakaian baru dengan harga satu dinar atau separuh dinar, lalu dia memakainya. Kemudian dia memuji Allah disebabkan (nikmat memperolehi) pakaian itu melainkan belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, dia telah pun diampunkan dosanya oleh Allah.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5347].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs