Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَنْعَمَ الله على عَبْدٍ نعمةً، فعَلِمَ أنها من عِنْدِ الله؛ إلا كَتَبَ الله له شُكْرَها قبل أن يَحْمَدَهُ عليها. وما أَذْنَبَ عبد ذنباً، فنَدِمَ عليه؛ إلا كَتَبَ الله له مغفرةً قبل أن يَسْتَغْفِرَهُ. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فَحَمِدَ الله عليه؛ إلا لَمْ يَبْلُغْ رَكْبَتَيْهِ حتى يغفرَ الله لهُ
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang hamba yang diberikan nikmat oleh Allah dan dia tahu bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menulis baginya (pahala) kesyukurannya sebelum dia memuji-Nya di atas nikmat tersebut. Tidak ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia menyesal dengan dosa tersebut melainkan Allah akan menulis baginya keampunan sebelum dia beristighfar kepada-Nya. Tidak ada hamba yang membeli pakaian baru dengan harga satu dinar atau separuh dinar, lalu dia memakainya. Kemudian dia memuji Allah disebabkan (nikmat memperolehi) pakaian itu melainkan belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, dia telah pun diampunkan dosanya oleh Allah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis no. 8245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((ما أَنْعَمَ الله على عَبْدٍ نعمةً، فعَلِمَ أنها من عِنْدِ الله؛ إلا كَتَبَ الله له شُكْرَها قبل أن يَحْمَدَهُ عليها. وما أَذْنَبَ عبد ذنباً، فنَدِمَ عليه؛ إلا كَتَبَ الله له مغفرةً قبل أن يَسْتَغْفِرَهُ. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فَحَمِدَ الله عليه؛ إلا لَمْ يَبْلُغْ رَكْبَتَيْهِ حتى يغفرَ الله لهُ)). [ك، ((الضعيفة)) (5347)].
(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada seorang hamba yang diberikan nikmat oleh Allah dan dia tahu bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menulis baginya (pahala) kesyukurannya sebelum dia memuji-Nya di atas nikmat tersebut. Tidak ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia menyesal dengan dosa tersebut melainkan Allah akan menulis baginya keampunan sebelum dia beristighfar kepada-Nya. Tidak ada hamba yang membeli pakaian baru dengan harga satu dinar atau separuh dinar, lalu dia memakainya. Kemudian dia memuji Allah disebabkan (nikmat memperolehi) pakaian itu melainkan belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, dia telah pun diampunkan dosanya oleh Allah.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5347].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman