Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يُعافي الأُمِّيِينَ يومَ القيامةِ ما لا يُعافي العلماءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pada hari kiamat Allah memberikan kemaafan kepada orang-orang yang buta huruf terhadap perkara yang tidak diberikan kemaafan kepada para ulama.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis no. 6437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إن الله يعافي الأميين يوم القيامة ما لا يعافي العلماء. [الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، حل، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ابن عساكر في ((ذم من لا يعمل بعلمه))، ((الضعيفة)) (3154)].
(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada hari kiamat Allah memberikan kemaafan kepada orang-orang yang buta huruf terhadap perkara yang tidak diberikan kemaafan kepada para ulama. [Riwayat al-Ramaharmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna, Ibn 'Asakir dalam Zam Man La Ya'malu Bi 'Ilmihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3154]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman