TEKS BAHASA ARAB
يشفع الله تبارك وتعالى يوم القيامة آدم من جميع ذريته في مئة ألف ألف، وعشرة آلاف ألف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706, hadis nombor 3612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يشفع الله تبارك وتعالى يوم القيامة آدم من جميع ذريته في مئة ألف ألف، وعشرة آلاف ألف.
[طس، ((الضعيفة)) (6702)].
(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6702].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.