Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُشَفِّعُ اللهُ تبارَكَ وتعالى يَومَ القيامةِ آدَمَ مِن جميعِ ذُرِّيَّتِه في مئةِ ألْفِ ألْفٍ، وعشَرةِ آلافِ ألْفٍ.
Teks Bahasa Melayu
Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706, hadis no. 3612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يشفع الله تبارك وتعالى يوم القيامة آدم من جميع ذريته في مئة ألف ألف، وعشرة آلاف ألف. [طس، ((الضعيفة)) (6702)].
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6702].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman