TEKS BAHASA ARAB
لعن الله الكذاب ولو كان مازحا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah SWT melaknat pendusta walaupun hanya (bermaksud) gurauan.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 145, hadis nombor 239. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: وما علمته مرفوعا.
Al-Sakhawi berkata: Aku tidak mengetahuinya secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW).
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.