Allah SWT kejutkan seseorang hamba muslim pada sebahagian malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رد الله إلى العبد المسلم نفسه من الليل فسبحه واستغفره ودعاه؛ تقبل منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah kejutkan seseorang hamba muslim pada sebahagian malam, maka bertasbihlah kepada-Nya, beristighfar dan berdoalah kepada-Nya; akan diperkenankan daripada-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis nombor 7300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا رد الله إلى العبد المسلم نفسه من الليل فسبحه واستغفره ودعاه؛ تقبل منه.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (2620)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah kejutkan seseorang hamba muslim pada sebahagian malam, maka bertasbihlah kepada-Nya, beristighfar dan berdoalah kepada-Nya; akan diperkenankan daripada-Nya.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2620]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.