Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رَدَّ اللهُ إلى العبدِ المسلمِ نفسَه من الليلِ فسَبَّحَه واستغفَرَه ودعاه، تَقَبَّلَ منه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah kejutkan seseorang hamba muslim pada sebahagian malam, maka bertasbihlah kepada-Nya, beristighfar dan berdoalah kepada-Nya; akan diperkenankan daripada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis no. 7300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا رد الله إلى العبد المسلم نفسه من الليل فسبحه واستغفره ودعاه؛ تقبل منه. [ابن السني، ((الضعيفة)) (2620)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah kejutkan seseorang hamba muslim pada sebahagian malam, maka bertasbihlah kepada-Nya, beristighfar dan berdoalah kepada-Nya; akan diperkenankan daripada-Nya. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2620]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman