Allah SWT berfirman : Wahai Israfil, dengan ketinggian, kebesaran, kemurahan dan kemulianKu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قال الله تعالى: يا إسرافيل، بعزتي وجلالي وجودي وكرمي، من قرأ بسم الله الرحمن الرحيم متصلة بفاتحة الكتاب مرة واحدة اشهدوا علي أني قد غفرت له، وقبلت منه الحسنات، وتجاوزت عنه السيئات، ولا أحرق لسانه في النار، وأجيره من عذاب القبر، وعذاب النار وعذاب القيامة، والفزع الأكبر، ويلقاني قبل الأنبياء والأولياء أجمعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah SWT berfirman : Wahai Israfil, dengan ketinggian, kebesaran, kemurahan dan kemulianKu, sesiapa yang membaca Bismillahirahmanirrahim bersambung dengan surah al-Fatihah sekali, bersaksilah keatasku bahawa aku mengampunkan untuknya, aku menerima amalan-amalan kebaikan, aku menghapuskan keburukan-keburukannya, aku tidak akan membakar lidahnya di neraka, aku melindunginya daripada azab kubur, azab neraka, azab kiamat, dan kejutan yang terbesar. Dia akan berjumpa dengan-Ku sebelum para nabi dan wali semuanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 131-132, hadis nombor 367. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هكذا وقع لنا مسلسلا بالقسم بالله العظيم، عن أنس عن علي، عن أبي بكر، عن محمد صلى الله عليه وسلم، عن جبريل، عن ميكائيل، عن إسرافيل، وقد أنكره السخاوي تسلسلا ومتنا، وشنع الكلام [عليه] وقال: لولا قصد بيانه ما استبحت حكايته، قبح الله واضعه.
لكن انتصر لرده المحقق إبراهيم الكوراني، وذكره العارف محيي الدين بن عربي في (الفتوحات المكية) ، وفي كتابه (مشكاة الأنوار) وهو من أهل العلمين: فالحديث، وإن لم يصح بطريق النقل، فقد صح من طريق الكشف، والله أعلم.

Demikianlah hadith ini sampai kepada kita secara musalsal dengan sebutan sumpah dengan nama Allah yang Maha Agung, daripada Anas, daripada Ali, daripada Abu Bakar, daripada Muhammad SAW, daripada Jibril, daripada Mikail daripada Israfil.
Al-Sakhawi menghukum munkar sanad musalsal dan matan hadith ini. Beliau berkata buruk tentangnya. Beliau berkata: Sekiranya bukan untuk menjelaskan, aku tidak sudi menceritakannya. Semoga Allah melaknat pemalsunya.
Akan tetapi al-Muhaqqiq Ibrahim al-Kurani membelanya. Al-‘Arif Muhyiddin Ibn ‘Arabi menyebutkannya dalam al-Futuhat al-Makkiyyah dan dalam kitab beliau Misykat al-Anwar dan beliau menguasai dua ilmu: Justeru, hadith ini sekiranya tidak sahih menerusi ilmu riwayat, ia telah sahih menerusi kasyf. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.