Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku malu dengan hamba-Ku yang lelaki dan perempuan yang mereka ini beruban dalam agama Islam

TEKS BAHASA ARAB

يقول الله – تبارك وتعالى -: إني لأستحي من عبدي وأمتي يشيبان في الإسلام؛ فتشيب لحية عبدي ورأس أمتي في الإسلام، [ ثم ] أعذبهما في النار بعد ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku malu dengan hamba-Ku yang lelaki dan perempuan yang mereka ini beruban dalam agama Islam. Janggut hamba lelaki dan kepala hamba perempuan-Ku menjadi beruban dalam agama Islam [kemudian] Aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 531, hadis nombor 2813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يقول الله – تبارك وتعالى -: إني لأستحيي من عبدي وأمتي يشيبان في الإسلام؛ فتشيب لحية عبدي ورأس أمتي في الإسلام، [ثم] أعذبهما في النار بعد ذلك». [ع، ابن حبان في «الضعفاء»، عد، «الضعيفة» (5883)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku malu dengan hamba-Ku yang lelaki dan perempuan yang mereka ini beruban dalam agama Islam. Janggut lelaki dan kepala perempuan hamba-Ku menjadi beruban dalam agama Islam [kemudian] Aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu”. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Du‘afa’ dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Du‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5883].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.