Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقولُ اللَّهُ - تبارَكَ وتعالى -: إنِّي لأستَحي مِن عَبدي وأمَتي يَشيبانَ في الإسلامِ؛ فتَشيبُ لِحيةُ عبدي ورأسُ أمتي في الإسلامِ، [ ثم ] أعذِّبُهُما في النَّارِ بعدَ ذلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku malu dengan hamba-Ku yang lelaki dan perempuan yang mereka ini beruban dalam agama Islam. Janggut hamba lelaki dan kepala hamba perempuan-Ku menjadi beruban dalam agama Islam [kemudian] Aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 531, hadis no. 2813.
(ضعيف جداً) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يقول الله - تبارك وتعالى -: إني لأستحيي من عبدي وأمتي يشيبان في الإسلام؛ فتشيب لحية عبدي ورأس أمتي في الإسلام، [ثم] أعذبهما في النار بعد ذلك». [ع، ابن حبان في «الضعفاء»، عد، «الضعيفة» (5883)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku malu dengan hamba-Ku yang lelaki dan perempuan yang mereka ini beruban dalam agama Islam. Janggut lelaki dan kepala perempuan hamba-Ku menjadi beruban dalam agama Islam [kemudian] Aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu”. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Du‘afa’ dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Du‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5883].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman