Allah SWT berfirman: Aku malu dari hambaku dan umatku dengan dua orang tua di dalam Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يقول الله تبارك وتعالى: إني لأستحيي من عبدي وأمتي يشيبان في الإسلام، ‌فتشيب ‌لحية عبدي ورأس أمتي في الإسلام، [ثم] أعذبهما في النار بعد ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT berfirman: Aku malu dari hambaku dan umatku dengan dua orang tua di dalam Islam, lalu lebatlah jambang hambaku dan kepala umatku dalam islam, kemudian aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 685, hadis nombor 3523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يقول الله تبارك وتعالى: إني لأستحيي من عبدي وأمتي يشيبان في الإسلام، ‌فتشيب ‌لحية عبدي ورأس أمتي في الإسلام، [ثم] أعذبهما في النار بعد ذلك)). [ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ((الضعيفة)) (5883)]

(Sangat lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: Aku malu dari hambaku dan umatku dengan dua orang tua di dalam Islam, lalu lebatlah jambang hambaku dan kepala umatku dalam islam, kemudian aku mengazab mereka berdua di dalam neraka selepas itu.” [Riwayat Musnad Abi Ya’la, Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’ dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.