Allah SWT akan menurunkan 120 rahmat kepada pengunjung masjid Mekah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى ينزل على أهل هذا المسجد – ‌مسجد ‌مكة – في كل يوم وليلة عشرين ومائة رحمة: ستين للطائفين، وأربعين للمصلين، وعشرين للناظرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menurunkan kepada pengunjung masjid ini – masjid Mekah – pada setiap hari dan malam sebanyak 120 rahmah: 60 kepada orang yang bertawaf, 40 kepada orang yang solat dan 20 kepada orang yang melihat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis nombor 3693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن الله تعالى ينزل على أهل هذا المسجد – ‌مسجد ‌مكة – في كل يوم وليلة عشرين ومائة رحمة: ستين للطائفين، وأربعين للمصلين، وعشرين للناظرين.
[طس، طب، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (187)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menurunkan kepada pengunjung masjid ini – masjid Mekah – pada setiap hari dan malam sebanyak 120 rahmah: 60 kepada orang yang bertawaf, 40 kepada orang yang solat dan 20 kepada orang yang melihat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 187].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs