Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى يُنْزِلُ على أهلِ هذا المسجدِ - مسجدِ مكةَ - في كلِّ يومٍ وليلةٍ عشرينَ ومائةَ رحمةٍ: سِتِّينَ للطائفين، وأربَعين للمُصَلِّينَ، وعشرينَ للناظرينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Ta'ala akan menurunkan kepada pengunjung masjid ini – masjid Mekah – pada setiap hari dan malam sebanyak 120 rahmah: 60 kepada orang yang bertawaf, 40 kepada orang yang solat dan 20 kepada orang yang melihat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis no. 3693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن الله تعالى ينزل على أهل هذا المسجد - مسجد مكة - في كل يوم وليلة عشرين ومائة رحمة: ستين للطائفين، وأربعين للمصلين، وعشرين للناظرين. [طس، طب، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (187)].
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta'ala akan menurunkan kepada pengunjung masjid ini – masjid Mekah – pada setiap hari dan malam sebanyak 120 rahmah: 60 kepada orang yang bertawaf, 40 kepada orang yang solat dan 20 kepada orang yang melihat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 187].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman